am young civilian, young civil engineer, young girl who always fall in love, and yes am so full time LOVER ;)

Tuesday, August 2, 2016

DAN APA NILAINYA SEBUAH PERKAHWINAN?

'kenapa u nak kawin?'

'i nak seorang zuriat' jawab lelaki itu pantas sebelum menyuapkan suapan nasi ke dalam mulut.

aku terdiam. lantas memori bersama Bisri datang silih berganti. aku menghela nafas kelegaan. semakin hari, semakin aku rasa memilih Bis sebagai pelengkap sayap adalah tepat.

'dan you kenapa u nak kahwin?' pertanyaan itu menyentak.

aku kaget, dengan menarik nafas dalam, aku mula menjawab,

'i nak kawin bukan sebab keinginan batin, bukan kerana nak kan zuriat menyambung waris keturunan, dengan tepatnya sebab kenapa i nak berkahwin, sebab i nak berdiri di tepi dan sentiasa berada dalam dakapan lengan Bis setiap masa sukar dan senang i, sebab i nak bersama dia sepanjang habis hayat i'

lelaki di hadapanku ternganga. lalu diam dan menyambung menjamah makanan yang ada di depan mata. dengan mengangkat anggukan lemah, dia menyambung perbualan,

'untung sape dapat u sebenarnya, terlalu beruntung'

dan aku menyambung makanan yg ada di hadapan hati yg lapang.

Z, Bis cintanya.

Thursday, April 28, 2016

ratusan purnama

siapa je yang tak gila kalau tgk ceriter ada apa dengan cinta
lagunya
puisinya
segalanya

dan sekarang ada apa dengan cinta 2.
must wacth!

Friday, April 15, 2016

tobak harr

tobak r ambe rindu belake ke awok awok dulu.
hok suke ngat maing maing tepi legung sejid
wase nak g lalu jupe.

translate:

sesungguhnye rindu betul kat geng geng dulu
yang suke main main tepi laggon masjid
rase sekarang je nak pergi berjumpe

untuk kawan lame, Miera, Happy newlywed :)

Monday, April 4, 2016

Lelaki bernama Bisrey, dan ketika umur berusia 28

'sayang, keluar pergi kat tiang, i letak something'

'letak ape?'

'keluar sekarang'


CIAAAAA CIAAAAA CIAAA!

aku renung lukisan tasik Italy tu sepuluh kali. seni nya! :D
happy birthday to me ;)

Dominated by man

this is what i hate most about my job
is 'pleaseeeeeeeddddd' the people
yang gred rendah tapi belagak mcm engineer!

i perempuan?
lagi pandai dr u?
so what!!!

buat je la keje u
dan menular mcm other goverment workers!

Terima Kasih Untuk Nafas 28 Tahun Ini Tuhan :|

saya terus hanyut di dalam buaian angan angan hidup. kadang kadangkala tiupan angin dari pantai Kuala Terengganu datang menyaoa ketika kelopak tutup kemas. 28 tahun saya masih diberi peluang untuk bernafas di dalam dunia pinjaman ini. menggunakan nikmat pinjaman. dan segalanya pinjaman dari Esa. 
28 tahun bukan nombor yang kecil, besar nya juga tidak saya tahu sehingga sebesar mana yang tuhan bakal bagi. 

terima kasih tuhan, untuk 28 tahun pernafasan selesa yang KAU pinjamkan ini.
terima kasih kawan kawan lama, yang masih ingat tentang harini.
terima kasih sedara sedarah, yang masih mahu utarkan ucapan biar ringkas.


:) z dah tuo!

Sunday, March 27, 2016

Suara Sang Lelaki

'tak pernah sehari pun, saya tak rindukan awak'

'tak pernah sehari sejak kita kenal'

kedengaran suara sebak sang lelaki,
memujuk sang kekasih
suara putus asa,
suara kekesalan tidak terhingga.


melted.
;/